Assalamualaikum

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 08, 2009


keta biru ni plak yg group fila.
Then, penyu 2 plk yg group li... Cantik kan???



pndai sgguh group cik nanad wat ladybird ni... mmg bbaloi dapat no. 1. katak hiphop ktorg dpat no.2. Gajah 2 plak yg group pqah







ni la katak hiphop kami...
sand sculpture kt pantai PD
(projek seni)





Tuesday, October 06, 2009


wahh...
bertuahnye ktorg dpat tutor yg prihatin camni taw...
time sambutan rya ari 2 aku ngn clasmate aku happening gler r besides leh mkn byk2 ktorg bpeluang plak mbik gmbo ngn mama Mai. smpai bpluh2 dia kna hmpit ngn ktorg.
hehehe

Monday, August 17, 2009

memori d' UKM




ni antara kereta n moto berhias kt pesta konvo d' UKM
CANTIK X???

ishh... watper 2???



ni aku ngn kawan2 tgah tonton prlwanan bola sepak student vs lecturer...
korg jgn tkejut taw hri 2 tba2 ja aku jd penyorak.
utk abg Daus abu bakar jgn gelakkan n prli2 I pasni taw...
hehehe

gadis Melayu!!!



gmbar ni kitorg ambik time hari praMerdeka (15/08/09) hari 2

Wednesday, August 12, 2009

x tutup aurat pn xperrr???? boleh kerr???

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis
berkenaan menutup aurat.

Ikuti Kisah selanjutnya Klik Baca Sepenuhnya...

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Tuesday, August 11, 2009

haa... cuba teka ni saper ???

6 atas ar-radzi



rindu tol aku ngn mmber2 f6 dlu...
rsanya the bez mmber tme aku f6.
kwn2 mse f6 beza gler klu nk bnding ngn kwn2 tme skolah rendah n skolah menengah pedu dlu. aku bkn nk beza2kan tp suma 2 mmg kenyataan. kt SMKDSA aku dpt kwn2 yg memahami, ska tlong klu aku ssah, xselfish, xsmbong, mghargai kwn dll. buktinya, klu aku balik kmpung je, msti diorg g umah jenguk aku. especially k.long ngn im. aku rindu kt korg taw... nnnnnn yg paling penting tme aku f6 la hatiku tbuka tok terima sorg lelaki yg insyaAllah akn jd teman hidup aku that is tut..tuttt... aku bgga memilikinya. so, sape2 yg bca post aku ni n sume lah doakn kebahagiaan n kekekalan kitorg hingga ke syurga erk... Aminnn... eh, dah tkeluar topik nih. berbalik kpd cita psl kwn2 aku...klu tme skolah rendah dlu, classmate aku mmg bpuak. klu pndai kwn ngn yg pndai jerr. klu xpham bout smthing, punyala kedekut nk share. pndek kata kedekut ilmu la... kt SMK Pedu plak, msalah jeles plak. xleh org tlebih femes... da ja org nk dgki. huhu... macam2... tp aku pn bkn org yg perfect sgt... aku juz nk bndingkn kwn2 aku antara 3 skolah yg pnah aku stadi... Astaghfirullahalazimmmm

K.long & Im....

Monday, August 10, 2009

...water colour...



karyaku yg dihasilkan gna cat air...

LAKSA!!! LAKSA!!!!!



"bunga kantan" ni bkn tok dibuat laksa taw... ni plak 2nd painting on canvas yg aku lukis. camna, pa komen korang???

this is my 1st painting on canvas



mula2 nk mlukis ats kanvas mmg mggeletar gler tgn aku. 1st time jgk aku gna cat akrilik.tp bla fkir blik, nak xnak kna wat jgk. smpailah lastly aku dapat hasil karya ni. cantik ke xcntik ke 2 suma ats pndangan n persepsi masing2 bla tgok krya aku ni. smpai skrg painting ni lom da nama.cian dier... signature pn lom da g... huhuhu... apa pndapat korang klu aku pamerkan skali time pameran nnti???

ibu ayah yg tercinta ... LUV BOTH OF U!!!



klu suma nk tau ni la loving couple yg aku akronimkan nama mereka that is "ISTIARA" (ISMAIL N SITI SARAH). Mak ngn ayah aku ni mmg garang. dlu2 klu aku xsolat jer terus rotan. mak aku plak kejenye potpet2. tp psl potpetnye 2 la aku jd 'orang'. psl mak aku jgk aku ada kt IPGM Kmpus Raja Melewar skrg. so, TQ so much mak n ayah 4 everything........

MISS UUUUUUUUUU!!!!!!

Sunday, August 09, 2009

2 dara n sorang mak dara



poyo tol 3 bradik ni...
tp xper, ni la happy sibling

anak2 maksu



anak2 sedara aku...
cam nk g raya jerr

Muhammad Afif

Cermin diri

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta
bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan
cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa
Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka
yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.
Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang
tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

notice utk sahabat2 saya...